1. PENERBIT TEKNIKAL
Tarikh Tutup : 7 November 2013
Tanggungjawab : -
- Merancang dan menyelaras keperluan penerbitan dalam setiap rakaman
- Memberi khidmat dan nasihat dalam setiap penggunaan peralatan
- Melakukan penyelidikan sebelum satu-satu rakaman itu dijalankan
- Komunikasi dengan pihak penerbitan serta jabatan lain dalam setiap urusan berkaitan
- Melakukan semakan senarai barang pada setiap peralatan sebelum keluar tugasan
- Menyediakan laporan teknikal bagi sesuatu penerbitan yang lengkap kepada Pengurus Penerbitan Teknikal
- Bertanggungjawab dalam setiap penerbitan dalam mahupun diluar semasa rakaman
- STPM atau Diploma dalam teknikal dan penerbitan
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam industri penyiaran
- Perlu ada sikap kepimpinan dalam mengetuai satu-satu tugasan
- Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
- Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal
- Mempunyai motivasi diri yang tinggi
2. JURUKAMERA
Tarikh Tutup : 7 November 2013
Tanggungjawab : -
- Melaksanakan setiap tugasan penggambaran harian
- Berkebolehan untuk membuat penggambaran dengan mendapatkan visual yang baik tanpa arahan dan bekerja secara berpasukan
- Bersedia untuk membuat pengambaran dengan kemahiran yang pelbagai jika ditugaskan ke luar negara untuk membuat liputan berita ataupun program
- Bekerjasama dengan penerbit rancangan dalam penambahbaikan setiap visual dan audio
- Mempunyai sikap dan tanggungjawab yang cekap dalam mengendalikan segala urusan di bawah arahan pemberita dan penerbit
- Mengaturcara penyusunan peralatan dalam tempoh penggambaran antaranya termasuk tripod, monitor, lampu, kabel dan lain-lain
- Memastikan setiap peralatan yang dibawa semasa dan selepas penggambaran berada dalam keadaan baik
- Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa
- Sijil atau Diploma dalam bidang Fotografi
- Sekurang-kurangnya 4 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
- Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
- Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
- Mempunyai disiplin tinggi dan kerjasama berpasukan
- Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal
Jawatan: JURUTERA AUDIO
Tarikh Tutup : 3 November 2013
Tanggungjawab : -
- Mengendalikan proses rakaman suara
- Mengendalikan proses suntingan audio dan musik serta adunan terakhir untuk program dalaman terbitan syarikat, promo dan TVC
- Mengendalikan peralatan rakaman dan adunan secara profesional dan mengikut standad penyiaran yang telah ditetapkan
- Memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengganggu proses tugasan pasca audio
- Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang penerbitan musik dan audio serta pengkhususan teknikal dalam mengendalikan studio rakaman
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam penerbitan musik dan audio
- Pengalaman mengendalikan studio rakaman adalah penting
- Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
- Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal
- Mempunyai motivasi diri yang tinggi
Pemohon yang berminat hendaklah menghantar resume lengkap mereka menyatakan gaji semasa dan dipohon bersama-sama dengan foto saiz pasport (tidak dikembalikan) kepada:
Jabatan Sumber Manusia
ALHIJRAH MEDIA CORPORATION (TV AlHijrah)
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22601600
Fax : 03-22601566
E-mail : jobs@tvalhijrah.com
Hanya calon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Sumber
0 comments:
Post a Comment